BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, January 29, 2010

INGLISH

Di Malaysia kita mempunyai banyak stesen radio..seperti makin hangat sekarang semestinya Hot.Fm, Fly.Fm, Hitz.Fm, Era.Fm dan lain-lain lagi. Di Malaysia juga tidak semestinya lagu melayu sahaja dimainkan. Tetapi lagu inggeris juga ada juga yang dimainkan di sesetengah stesen radio di Malaysia. Lagu-lagu inggeris ini juga begitu laris di Malaysia. Entah macam mana lagu-lagu dari luar menjadi pilihan orang ramai. Sedangkan kita mempunyai ramai penyanyi-penyanyi yang hebat seperti Dato Siti Nurhaliza. Semua orang kenal beliau termasuklah penduduk di negara lain. Walaupun kita tidak seharusnya melariskan produk daripada negara luar, tetapi dari negara luar lah kita harus belajar. Kerana mereka lebih maju daripada industri muzik kita. Ramai artis-artis pujaan rakyat Malaysia ini terdiri daripada negara luar. Contohnya Taylor Swift. siapa tidak kenal pemenang anugerah 'Best Female Video Music', 'Favourite Female Artist' dan banyak lagi. Penyanyi yang cantik ini semamangnya digilai penduduk Malaysia terutama remaja. Dengan lagunya yang bertajuk Love Story dan You Belong With Me serta ditambah suara yang lunak, sudah cukup untuk memukau orang ramai. Artis lain..ikon rock iaitu Linkin Park lagilah diminati ramai golongan remaja. Lagu-lagu hit mereka seperti In The End, Crawling, Numb, What I Have Done, New Divide dan dan banyak lagi memang diminati golongan remaja. Ramai lagi penyanyi-penyanyi luar negara mendapat tempat dihati penduduk Malaysia. Muse juga salah satu kumpulan yang makin terkenal mendapat tempat di Malaysia. Termasuk penyanyi ini Ne-Yo..baru-baru ini beliau datang ke Malaysia untuk mengadakan konsert di Sunway Lagoon bagi mempromosikan album beliau. Betapa ramainya penduduk Malaysia datang dan sanggup menghabiskan duit untuk membeli tiket masuk untuk meihat Ne-Yo..dah ramai dari luar negara datang ke Malaysia. Celine dion, All American Reject, Boys Like girl dan ramai lagi yang pernah datang ke Malaysia untuk membuat persembahan. Tapi untuk pemikiran yang positif, kita seharusnya belajar bagaimana industri muzik mereka dapat berkembang dengan baik. Itu lah yang harus diambal para penyanyi di Malaysia sekarang agar memajukan lagi industri muzik tanah air kita.


Antara artis di luar negara....

Taylor Swift



Demi Lovato





Simple Plan



Greenday



Linkin Park



Avril Lavigne



Jaz-Z



Muse



All American Reject



My Chemical Romance


Dan banyak lagi....


0 comments: