BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, January 25, 2010

INDIE



Muzik di Malaysia pada hari ini sudah semakin maju ataupun dah ke depan sehingga menyaingi negara jiran..berbekal kan zaman "INDIE" yg tengah hangat dalam beberapa tahun ni..pengeluaran muzik-muzik bebas mula membanjiri medan selera pendengar-pendengar di malaysia...Pada mula nya ramai tidak faham sangat konsep indie ini...so indie ialah satu istilah yang digunakan untuk menghuraikan kebebasan dari label rakaman komersil terbesar serta pendekatan buat sendiri dan bebas dalam rakaman dan penerbitan muzik. Istilah indie berasal dari perkataan Inggeris "independent" (bebas), oleh itu pemuzik indie juga dikenali sebagai pemuzik bebas..Apabila muzik indie semakin berkembang dan semakin senang diterima orang ramai, maka apa yang kita tengok sekarang ini..ramai band ataupun kumpulan-kumpulan yang muncul. Contohnya Meet Uncle Hussain, Bunkface, Hujan, Bittersweet dan ramai lagi..dan apa yang kumpulan ini buat ialah mereka bergerak secara bebas. band-band indie ini ada cara mereka sendiri..style r kata orang..anda tak percaya? sekarang sudah ada pakaian indie..dan ramai remaja sekarang suka gaya indie..melambak-melambak baju indie..dari mana lah mereka dapat idea buat style indie ni..indie sekarang memang tengah melonjak naik..semasa anugerah juara lagu 22, agu Itu Kamu..Estranged telah menjadi juara anugerah juara lagu 22 pada malam tersebut dan pada tahun seterusnya Lagu Untukmu daripada Meet Uncle Hussain telah dinobatkan sebagai juara anugerah juara lagu 23..dan anugerah juara lagu 24 tidak kurang hebatnya walaupun tidak ada band yang menang..tapi indie masih ada..Dan Sebenarnya daripada Yuna telah memenangi tempat kedua pada malam itu..apa-apa pun tahniah buat Yunalis Zurai. Yuna masih lagi muda dan telah memenangi anugerah yang berpristij..kita harus memberi pujian kepada Yuna..dan dengan ini telah membuktikan indie masih lagi muzik paling top..jadi penuhkan lah ilmu muzik di dada dan majukan lah industri muzik negara kita..kepada semua penyanyi di luar sana..tingkatkan usaha anda semua..kami sokong anda semua..


Estranged juara Anugerah Juara Lagu 22



Meet Uncle Hussain juara Anugerah Juara Lagu 23



Yunalis Zarai(Yuna) naib juara Anugerah Juara Lagu 24



0 comments: