BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, January 27, 2010

BAND INDIE

Indie......memang ramai orang sekarang minat indie..tak percaya? ramai remaja sekarang telah bertukar angin dan meminati muzik indie..seperti Meet Uncle Hussain, Bukface, Hujan, Yuna, Estranged dan lain-lain. Bukan sahaja remaja malah ada juga pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik yang minat indie..buktinya..jiran saya..bukan niat nak mengutuk tapi membuktikan muzik indie pun diterima golongan tua juga. Muzik indie sekarang sudah semakin berkembang. ramai band-band telah muncul. Bahkan remaja sekarang lebih gemar untuk menjadi band indie seperti band-band yang telah ada sekarang.

Antara band indie yang ada di Malaysia

Meet Uncle Hussain

Meet Uncle Hussain

Meet Uncle Hussain adalah salah satu band indie yang bermula dengan perlahan-perlahan. Walaubagaimanapun setelah banyak lagu-lagu band ini dimainkan di stesen radio, semakin hari semakin terkenal di Malaysia. Lagu Untukmu, Hilang, Pari-Pari Di Bawah Angin, Halusinasi dan lain-lain. Kumpulan ini makin laris dengan penampilan dua lagu mereka La La La Kerjalah dan Lagu Untukmu telah dijadikan sebagai lagu tema KAMI yang bertemakan perjuangan muzik bebas di Malaysia. Band ini memang diminati ramai..kenapa tidaknya. Lagu Untukmu telah dinobatkan juara Anugerah Juara Lagu 23 dan selepas itu nama Meet Uncle Hussain terus melonjak naik dan terus diminati ramai. Terutamanya remaja..,band ini asalnya dianggotai oleh empat orang iaitu Lan (vokal utama/gitar kedua), Taja (gitar utama/vokal latar), Kudux (dram) dan Afat (bass/vokal latar). Tetapi, pada awal tahun 2009, Lan meninggalkan kumpulan itu setelah mengalami perselisihan faham dengan ahli-ahli kumpulan yang lain, lantas menubuhkan 'kugiran satu ahli' yang bernama Azlan & The Typewriter.apa-apa pun semoga berjaya dalam dunia muzik ini.

Black & Meet Uncle Hussain - Drama King

Kali pertama
Aku mengenalimu
Mahu bersama X2
Raut wajahmu bersih
Menyakinkan hati ini
Aku terpaut

Ohh.. Ohh..
Semua dusta palsu
Aku tertipu
Keperibadianmu
Berubah menurut nafsu

Panggilanmu
Gelaranmu
Baru ku tahu

Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati upahan

Sampai bila?
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Bertakhtalah Raja drama

Kau masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengerja hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yang pernah
Ku kenal dulu

Panggilanmu
Gelaranmu
Baru ku tahu

Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati upahan

Sampai bila?
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Bertakhtalah Raja drama

Panggilanmu
Gelaranmu
Baru ku tahu

Kau bertapa
Bagai maharaja di atas lembah
Lakon layarmu yang terhebat
Memukau mata melihat

Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila raja drama? X2

Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila raja drama? X2

Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat



Bunkface


Bunkface

Ini pula kisah kumpulan Bunkface. Nak tahu biodata ahli kumpulan ini..Jooommmmm...layan..zasss..


Profil Sam

# Nama sebenar: Shamsul Annuar
# Tarikh lahir: 11 Disember 1987
# Tempat lahir: Basildon, England
# Zodiak: Sagitarius
# Adik beradik: Anak kedua daripada empat beradik

Profil Youk

# Nama sebenar: Muhammad Farouk Jaafar
# Tarikh lahir: 15 April 1989
# Asal: Kuala Lumpur
# Zodiak: Aries
# Adik beradik: Anak tunggal

Profil Paan

# Nama sebenar: Ahmad Farhan Hashim
# Tarikh lahir: 24 Ogos 1987
# Asal: Butterworth
# Zodiak: Virgo
# Adik beradik: Anak kedua daripada empat beradik.

Info Bunkface

# Sam dilahirkan di Basildon, England namun sejak umur lima tahun dia sudah kembali ke Malaysia. Anak kacukan British (sebelah ibu) dan Melayu (bapa) ini juga berbakat untuk diketengahkan di dalam bidang komersial.

# Sam mengenali Youk sejak usia lapan tahun, manakala Paan berkawan dengan Biak bermula di darjah dua.

# Nama Bunkface ini adalah hasil cetusan idea Biak sendiri yang diilhamkan daripada sebuah lagu nyanyian kumpulan Sum 41 berjudul Crazy Amanda Bunkface.

# Mengetengahkan konsep pop punk dan lebih terarah merakamkan lagu berbahasa Inggeris ciptaan mereka sendiri. Namun atas cadangan Paan, maka terhasillah lagu Situasi sekadar mencuba angin baru.

# Lagu Situasi merujuk kepada kehilangan satu benda yang berharga akibat kesilapan diri sendiri.

# Album penuh mereka sudah 50 peratus siap dan semua lagu ciptaan mereka dirakamkan di studio 2105, Taman Tun Dr Ismail milik kumpulan Pop Shuvit.

# Lagu Revolusi menjadi single kedua yang dimainkan selepas Situasi.

# Terdapat beberapa lagu mereka seperti Situasi, Revolusi dan Silly Lilly sudah dimainkan di Singapura.

# Biarpun menerima tawaran daripada syarikat rakaman, kumpulan ini selesa bergerak sendiri.

# Bajet dan kos menghasilkan album sulung ini terlaksana dengan duit yang dikumpul sendiri dan ketika membuat persembahan.

# Sam pernah bekerja di Secret Recipe di Bukit Tinggi, Klang semata-mata ingin mengumpul duit membikin album. Demikian juga dengan Youk yang pernah bekerja di butik pakaian East India dan Paan bekerja di kafe siber.

# Biarpun sudah semakin popular, akui mereka, peningkatan harga membuat persembahan naik tapi bukan terlalu mendadak. Mereka masih boleh dibawa berbincang dan berkompromi dengan promoter mahupun penganjur berhubung soal bayaran.

# Menerima tajaan pakaian jenama Extreme/ Zero Hour selama setahun.

# Myspace: www.myspace.com/bunkface


Bunkface - Extravaganza Lirik

Semangat baru
Perjuangan yang satu
Dan matlamat hidupku
Hanya untukmu

Tapi keadaanmu
Berikan aku (berikan aku)
Satu petanda
Prasangka… Aku kalah

Rasa resah jangan kau percaya
Dalam hatimu (dalam hatimu)
Rasa resah jangan kau percaya
Kata hatimu (kata hatimu)


Wo oh oh (4x)

Persepsi diri
Ada maksud sendiri
Dan propaganda ku rasa
Luar biasa


Tapi keadaanmu
Berikan aku (berikan aku)
Satu petanda
Prasangka… Aku kalah lagi

Korus:

Rasa resah jangan kau percaya
Dalam hatimu (dalam hatimu)
Rasa resah jangan kau percaya
Kata hatimu (kata hatimu)


Wo oh oh (4x) (4x)
Extravaganza (4x)m
Rasa resah jangan kau percaya
Dalam hatimu (dalam hatimu)
Rasa resah jangan kau percaya (kata hatimu)

Wo oh oh (4x)


Yunalis Zarai (Yuna)

Yunalis Zarai (Yuna)

Yunalis Zarai..ada orang kenal tak? takkan tidak ada orang yang kenal Yunalis Zarai. Yuna?mesti ramai yang kenal..Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna oleh para peminatnya, merupakan seorang penyanyi Malaysia yang memperjuangkan muzik rock indie. Beliau amat dikenali sebagai satu-satunya penyanyi rock indie wanita yang bertudung. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian di Universiti Teknologi Mara kampus Shah Alam. Yuna mula meningkat naik menerusi lagu Dan Sebenarnya, beliau setakat ini sudah menghasilkan sendiri sebuah album demo dan sebuah album EP. Dengan menggunakan nama sendiri,Yuna EP, yang boleh dibeli melalui pesanan emel. Yuna bukan sahaja pandai menyanyi malah beliau juga pandai bermain alat muzik iaitu gitar..


# Nama sebenar:
# Komersial:
#Genre:Rock alternatif, Rock Indie, Pop
# Usia: 23 tahun (single?)
#Pekerjaan:Penyanyi, penulis lirik, gitaris, mahasiswa
# Tarikh lahir: 14 November 1986
# Tempat lahir: Alor Setar, Kedah
# Hobi: Menonton filem
# Idola: Fiona Apple (penyanyi luar negara yang pernah dikenali sekitar 1990).
# Pendidikan: Masih menuntut dalam tahun akhir di UiTM Shah Alam dalam ijazah Undang Undang
# Emel: yunaroomrecords@gmail.com


Yuna - Dan Sebenarnya


oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

pabila kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh–


Band indie lain:


Hujan



Nitrus


Butterfingers


Estranged






Melastik Bintang

One Buck short


dan ramai lagi....

0 comments: